05 June 2008

Bagaimana Anda Boleh Membantu?


ANDA MEMBANTU USAHA DAKWAH
ZAKAT ALTERNATIF KEPADA CUKAI PENDAPATAN

Setiap rakyat Malaysia yang mepunyai pendaptan tertentu dimestikan oleh undang-undanfg membayar cukai pendaptan.Anda mungkin telah membayarnya dengan cara Potongan cukai Berjadual (PCB) secara bulanan.

Namun,sedarkah anda bahawa sebagai seorang Islam, anda boleh mendapat pelepasan (malahan boleh ke tahap pelepasan 100%) daripada membayar cukai pendapatan dengan cara membayar zakat.Dan, caranya adalah sah disisi undang-undang Malaysia,

Zakat Alternatif Cukai Pendapatan

Menurut Akta cukai Pendapatan 1967, Seksyen 6A (3), potongan rebat akan diberi kepada pembayar zakat.Potongan rebat ini akan dibuat keatas jumlah cukai yang kena bayar dan bukan daripada jumlah pendapatan berkumpul.Anda hanya perlu mengemukakan resit rasmi zakat yang dikeluarkan oleh pihak yang berwajib (Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Hal Ehwal Agam Islam ,dll) kepada Jabatan Hasil Dalam Negeri.

Ini bermakna melalui cara ini, anda boleh mendapat pengurangan bayaran cukai pendapatan.Malahan, jika anda membayar zakat pendapatan dengan jumlah yang sama banyak dengan cukai pendapatan yang anda perlu bayar, anda akan mendapat perlepasan 100% daripada cukai pendapatan anda pada tahun berkenaan.

Dalam hal ini, LHDN setelah menerima resit zakat pendapatan akan mengelurkan surat rasmi kepada majikan anda untuk menghentikan pemotongan cukai berjadual anda.

Anda akan memperoleh faedah ini jika anda membayar zakat pendapatan di mana-mana Majlis atau Jabatan Agama di Malaysia.

Namun, Kelebihan Membayar di KELANTAN

Kami, Pihak Pengurusan dan ahli Jawatankuasa Tabung Pembangunan SRI AMAN MENYERUA SEMUA IBUBAPA PIBG SRI/SMI AMAN UNTUK MEMBAYAR ZAKAT PENDAPATAN KEPADA Majlis agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan. (MAIK)

Mengapa mmbayar kepada MAIK? Menerut peraturan MAIK, zakat yang dibayar boleh dipulangkan kembali kepada pembayar zakat sebanyak 2/8 untuk diagihkan sendiri kepada faqir miskin atau golongan yang layak. MAIK akan mengambil 6/8 daripada jumlah zakat.

Walaupun bagaimanapun, dari segi resit, MAIK akan tetap mencatatkan jumlah penuh zakat yang dibayar.

KELEBIHAN KAEDAH INI

  1. Anda memperolehi resit zakat daripada Majlis Agama Islam untuk mendapat pelepsan atau pengurangan cukai pendapatan anda.
  2. Anda membawa pulang 2/8 daripada wang zakat anda untuk diserahkan kepada Tabung pembangunan Sri Aman .Anda membantu menjayakan sebuah institusi pendidikan Islam yang tidak bermotifkan keutungan tetapi usaha atas jalan Allah dan tarbiah Islamiyyah generasi anak-anak Muslim kita.
  3. Anda menunaikan kewajiban zakat pendapatan yang difardukan ke atas setiap muslim apabila cukup nisab dan haulnya*. Berzakat adalah ibadah; pemabawa pahala dan pemberattimbangan amal. (Nota: jika pendapatan anda tidak mencukupi nisab, anda masih boleh membayar “zakat” kepada MAIK bagi mendapatkan resit zakat untuk pelepasan zukai endapatan. Sekali gus turut menderma untuk jalan dakwah Islam)
  4. Anda tidak mengeluarkan perutukan wang tambahan.Anda membaar zakat sebagai alternatif kepada cukai pendapatan yang telah ditetapkan oleh undang-undang.
    • FATWA JAMAAH ULAMA’ MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN bernombor 55 D bertarikh 22 Julai 1999 menyatakan, pendapatan yang cukup nisab dan haulnya adalah diwajibkan zakat.Pendapatan tersebut meliputi gaji pokok serta imbuhan –imbuhan lain yang tetap dan kemudian ditolak segala perbelanjaan wajib atau dharuriyat.

(Nisab semasa ialah RM 3125.00) Warta Kerajaan Kelantan)

PPA kini terlibat menjayakan berbagai program pendidikan islam, dakwah remaja dan pengislahan masyarakat.Program kami yang terbesar sekarang ialah membina bangunan tetap Sekolah Rendah Islam Aman dan Sekolah Menengah Islam Aman di Binjai, Kota Bharu, disamping menampung keperluan asasi di tapak sementara di Telipot, Kota Bharu, Kelantan.

Inilah satu peluang keemasan membolehkan anda meneylesaikan cukai pendpatan dengan cara tertera di atas sekali gus menderma dan membantu usaha atas jalan Allah dan dakwah Islamiyyah tanpa menggunakan peruntukan kewangan tambahan.

LANGKAH - LANGKAH
  1. Serahkan jumlah zakat pendapatan yang ingin anda bayar kepada pejabat SRI/SMI Aman beserta dengan maklumat :

Nama Penuh , No. Kad Pengenalan , Alamat Surat Menyurat.

  1. Dapatkan resit sementara dari kakitangan yang menerima wang zakat anda.
  1. Pihak kami akan mewakili anda membayar zakat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan
  2. Kami akan menghubngi anda untuk datang mengambil resit rasmi MAIK.
  3. Buatkan salinan resit zakat dan kemukakan salinan tersebut bersama surat permohonan pelepasan potongan cukai pendapatan kepada Lembaga Hadil Dalam Negeri (LHDN). Majukan salinan surat yang sama kepada majikan anda.(Jika anda hadir kepejabat LHDN, anda boleh mengisi borang permohonan pelepasan cukai yang disediakan)
  4. Pihak LHDN akan mengeluarkan surat arahan kepada majikan anda untuk pelepsan/pengurangan potongan cukai berjadual tertakluk kepada jumlah zakat yang anda jelaskan.Urusan selesai.

KEISTIMEWAAN KAEDAH ZAKAT MAIK


Mendapat resit zakat untuk pelepasan /pengurangan cukai pendapatan. Berzakat sebagai alternatif cukai pendapatan!

Mendapat semuala 2/8 daripada wang zakat anda untuk Tabung Pembangunan SRI/SMI Aman –satu
usaha dakwah Islamiyah

Anda menderma untuk jalan agama tanpa menggunakan wang tambahan sebaliknya menggunakan
peruntukan cukai pendapatan.

Edaran ini untuk semua ahli keluarga dan ahli-ahli PIBG SRI & SMI Aman. Untuk maklumat lanjut sila
hubungi :

MOHD KHAIRUL ANUAR BIN AB RAHMAN -

Pegawai Eksekutif YPIA -019-9106007

OMAR BIN ALIAS

Pengarah Pusat Pendidikan Aman 013-9807593

Pejabat kami:
PUSAT PENDIDIKAN AMAN
4201-S Jalan Merican,
15150
Kota Bharu Kelantan

1 comment:

Anonymous said...

ya.. saya nk menyumbang